PUSAT ANTARABANGSA, MOBILITI DAN PENGEMBANGAN PENDIDIKAN (IMAC)
IMAC (Pusat Antarabangsa, Mobiliti dan Pengembangan Pendidikan) di UPSI ialah pusat yang bertanggungjawab untuk pengantarabangsaan, mobiliti pelajar inbound dan outbound dan perkhidmatan kepada pelajar antarabangsa.
Menjadi hab antarabangsa yang menyediakan pelbagai peluang pembelajaran global dan perkhidmatan pendidikan terbaik untuk kecemerlangan antara budaya dalam kalangan komuniti di UPSI demi mencapai agenda pengantarabangsaan universiti.
IMAC di UPSI berfungsi sebagai hab strategik antarabangsa dan berorientasikan mobiliti di universiti. Bagi pelajar terutamanya pelajar antarabangsa, pusat ini merupakan pusat perhubungan utama untuk visa, mobiliti, integrasi dan silang budaya. Bagi institusi yang menjadi rakan kongsi, ia adalah pintu masuk untuk bekerjasama dengan UPSI di peringkat global.
International, Mobility and Advanced Education Centre (IMAC), Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.